KESELAMATAN KETIKA MENUNGGANG BASIKAL

MALANG TIDAK BERBAU..

Frasa di atas jelas menunjukkan bahawa kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira tempat. Jadi aspek keselamatan haruslah menjadi keutamaan ketika kita melakukan sesuatu termasuklah ketika menunggang basikal.
Contoh kemalangan melibatkan basikal..(",)
Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pemakaian topi keselamatan yang betul dan menepati piawaian dapat melindungi kepala daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal. Gambar di bawah menunjukkan topi keselamatan bagi penunggang basikal.
Topi Keselamatan Basikal
Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia juga tidak kurang penting berbanding topi keselamatan. Pemakaian pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan kecederaan serius terhadap kedua-dua anggota tersebut. Anggota ini mudah tercedera apabila terjatuh di tempat yang keras dan penggunaan pelindung siku dan lulut amatlah digalakkan ketika menunggang basikal. Gambar di bawah menunjukkan pelindung siku dan lutut yang sesuai bagi penunggang basikal.
Pelindung Lutut

Pelindung Siku
Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki harus menjadi keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat penting penting ketika menunggang basikal. Kasut yang sesuai bersifat melindungi. Gambar di bawah menunjukkan kasut yang sesuai digunakan oleh penunggang basikal. Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang basikal.
Kasut Sukan

Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket ini sangat penting terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya. Pemakaian pakaian yang terang juga penting, sama penting seperti pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan kehadiran kita si bahu jalan. Gambar di bawah menunjukkan jaket keselamtan yang sesuai bagi seorang penunggang basikal.
Jaket Pemantul Cahaya

Kredit : cikgunurrizah2012

No comments:

Post a Comment