Aturcara Konvoi Berbasikal Wanita 2017

Salam semua,

Berikut adalah aturcara untuk konvoi berbasikal wanita pada 11/3/2017.

Rancang perjalanan anda semua.


Kita jumpa anda disana

#konvoiberbasikalwanita2017
#inilahkuasawanita

Klik untuk besarkan gambar

Peta laluan 10km dan 25km

Salam Sejahtera,

Mesti ramai ternanti-nanti laluan 10km dan 25km pada hari konvoi nanti.

Dibawah ini adalah laluan yang bakal anda lalui pada 11/3/2017.

Untuk makluman, sekiranya ada diantara anda yang telah mendaftar laluan 10km dan ingin menyertai laluan 25km pada hari konvoi nanti anda boleh terus ke pelepasan 25km tanpa mendaftar semula.


#inilahkuasawanita
#konvoiberbasikalwanita2017



Yea! Dah boleh ambil no plat

Salam Sejahtera

Perhatian kepada semua perserta, sila ambil maklum utk pengambilan no plat penyertaan

Tarikh: 22/2/2017 - 10/3/2017

Masa : 8.30 pagi - 7.00 petang

Tempat : Yayasan Kesejahteraan Bandar,
Tingkat 9, Blok 1, Menara Seri Wilayah,
Presint 2, Putrajaya
.
*sila bawa bersama slip pendaftaran yang diterima melalui email utk tujuan pengesahan urusetia.
Kepada yg ingin diwakilkan oleh kawan/ahli keluarga wajib bawa bersama slip pendaftaran.

Pada 11/3/2017 masih boleh mengambil no plat, sehingga jam 7 pagi sahaja di tapak permulaan.
Sekian.

#konvoiberbasikalwanita2017
#inilahkuasawanita🚴🏻‍♀️🚴🏻‍♀️🚴🏻‍♀️🚴🏻‍♀️🚴🏻‍♀️

Proses mengambil no plat amat mudah hanya dengan memberikan no ic dan no telefon kepada urus setia yang bertugas.

Penasihat Program KBW2017, Datuk Mohd Rahimi Rejab (kanan) bergambar kenang-kenangan bersama para peserta yang hadir untuk mengambil no plat.



No Plat salah seorang peserta yang datang ambil baru-baru ini.









KESELAMATAN KETIKA MENUNGGANG BASIKAL

MALANG TIDAK BERBAU..

Frasa di atas jelas menunjukkan bahawa kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira tempat. Jadi aspek keselamatan haruslah menjadi keutamaan ketika kita melakukan sesuatu termasuklah ketika menunggang basikal.
Contoh kemalangan melibatkan basikal..(",)
Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pemakaian topi keselamatan yang betul dan menepati piawaian dapat melindungi kepala daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal. Gambar di bawah menunjukkan topi keselamatan bagi penunggang basikal.
Topi Keselamatan Basikal
Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia juga tidak kurang penting berbanding topi keselamatan. Pemakaian pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan kecederaan serius terhadap kedua-dua anggota tersebut. Anggota ini mudah tercedera apabila terjatuh di tempat yang keras dan penggunaan pelindung siku dan lulut amatlah digalakkan ketika menunggang basikal. Gambar di bawah menunjukkan pelindung siku dan lutut yang sesuai bagi penunggang basikal.
Pelindung Lutut

Pelindung Siku
Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki harus menjadi keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat penting penting ketika menunggang basikal. Kasut yang sesuai bersifat melindungi. Gambar di bawah menunjukkan kasut yang sesuai digunakan oleh penunggang basikal. Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang basikal.
Kasut Sukan

Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket ini sangat penting terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya. Pemakaian pakaian yang terang juga penting, sama penting seperti pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan kehadiran kita si bahu jalan. Gambar di bawah menunjukkan jaket keselamtan yang sesuai bagi seorang penunggang basikal.
Jaket Pemantul Cahaya

Kredit : cikgunurrizah2012

Cara Memilih Saiz Basikal Yang Sesuai


Memilih Saiz Basikal Yang Bersesuaian

Apabila anda hendak membeli basikal pastikan basikal yang akan anda beli tersebut bersesuaian dengan anda.
Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:

 Saiz XS (13in-14in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci. Saiz S (14in-16in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci. Saiz M (16in-18in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci. Saiz L (18in-20in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci. Saiz XL (20in-22in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.

 Walau pun saiz di atas boleh digunakan tetapi kadangkala manusia mempunyai kepanjangan kaki yang tidak sama dimana ada yang mempunyai kaki yang lebih panjang dan ada juga yang mempunyai kaki yang sedikit pendek. Oleh yang demikian anda boleh menggunakan satu lagi cara berpandukan gambarajah di bawah.

Saiz frame diukur dari “Bottom Bracket” hingga “seat collar” yang diukur dalam inci.



Berdiri dengan basikal berada pada kelengkang anda dan pastikan jarak antara kelengkang dengan frame basikal mempunyai kelegaan lebih kurang 2 inci.



Untuk kepastian angkat basikal anda sehingga mengenai kelengkang dan ukur jarak antara tayar dengan tanah, seperti gambarajah di atas.

Seandainya bila anda berdiri dan frame tersentuh dengan kelengkang anda bermakna saiz basikal terlalu besar dan kalau jarak kelengkang dengan frame lebih dari 2 inci bermakna basikal terlalu kecil untuk anda.

 
Jarak lebih kurang 2 inci dari kelengkang dengan palang frame basikal.

Kredit : Cerita MTB